16 Disember 2025 โ Pihak SUDC telah menganjurkan program Pengukuhan Integriti bertempat di Multipurpose Hall SUDC. Program ini diwajibkan dihadiri oleh semua staf SUDC bertujuan memahami kepentingan nilai integriti dalam pekerjaan, membuat refleksi dan intervensi kendiri, meningkatkan kesedaran untuk menyumbang kepada inisiatif pembudayaan integriti serta memupuk semangat kerjasama dan persefahaman antara warga SUDC.
Penceramah program ialah Encik Mohd Asril Bin Sharil, Ketua Integriti Pengukuhan dan Tadbir Urus, Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Afizal Aldin telah menyampaikan amanat kepada semua staf agar nilai-nilai murni dan pembudayaan integriti diamalkan oleh semua staf.


















































