Polisi Anti Rasuah

Selaras dengan pelaksanaan Pemantapan Governans, Integriti dan Anti-Rasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (MS ISO 37001:2016) SEDCO, SUDC telah mewujudkan Polisi Anti-Rasuah yang bertujuan untuk menerangkan dasar mengenai peraturan serta larangan terhadap sebarang aktiviti berbentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

 

Polisi ini selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta serta peraturan yang berkaitan.

 

Polisi ini dapat membentuk satu hala tuju yang jelas dalam kalangan staf SUDC untuk bersama-sama dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

SUDC komited untuk:

a. Membanteras segala amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa daripada berlaku dalam kalangan staf SUDC dan pihak berkepentingan;

 

b. Mematuhi segala peraturan, perundangan, akta atau arahan yang berkaitan dengan kesalahan rasuah, terutamanya Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009;

 

c. Melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah yang berfungsi sebagai sistem kawalan dalaman bagi mengesan, mencegah, mengendalikan, menguatkuasa, menilai serta menambah baik langkah pengurusan anti-rasuah secara berkesan;

 

d. Mewujudkan Pelan Tindakan Integriti SUDC sebagai rangka kerja untuk menetapkan, menyemak semula, dan mencapai objektif anti-rasuah;

 

f. Menggalakkan anggota pekerja untuk melaporkan sebarang kesalahan rasuah yang berlaku dengan menyediakan saluran aduan dan perlindungan pemberi maklumat melalui polisi Aduan Integriti;

 

g. Menambah baik Sistem Pengurusan Anti-Rasuah secara berterusan;

 

h. Mewujudkan Unit Integriti sebagai badan bebas yang berperanan untuk menyelia pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah, memberi penerangan kepada anggota pekerja berkaitan kesalahan rasuah, dan menyelia pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah serta melaporkan prestasi pelaksanaannya kepada Pengurusan Tertinggi dan Lembaga Pengarah;

 

i. Mengenakan tindakan yang wajar bagi sebarang pelanggaran polisi Anti-Rasuah yang berkaitan.

 

 

 

 

JAMAWI BIN JA’AFAR
PENGERUSI
Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd.

31 Mac 2021

SABAH URBAN DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD

(Company No. 0117700-T) 9th Floor, Menara MAA, 6, Lorong Api-Api 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

P.O Box 11911, 88821 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.