Pelaksanaan Due Diligince (Ketekunan Wajar)

SUDC Sdn. Bhd. akan melaksanakan due diligence iaitu proses ketekunan wajar atau semakan secara mendalam tahap risiko rasuah yang membolehkan organisasi membuat keputusan berhubung dengan urus niaga tertentu, projek, aktiviti, rakan niaga perniagaan atau kakitangan.
SKOP DUE DILIGENCE
Pelaksanaan due diligence akan dilaksanakan pada perkara-perkara seperti berikut:
  • Transaksi-transaksi kategori spesifik, projek-projek atau aktiviti-aktiviti;
  • Perancangan atau hubungan yang berterusan dengan kategori yang
    spesifik dengan rakan perniagaan; atau
  • Kategori spesifik kakitangan dalam jawatan tertentu.
Justeru, mana-mana proses kerja yang berkaitan dengan perkara di atas akan dilaksanakan proses due diligence seperti berikut:
  • Semakan yang mendalam terhadap maklumat-maklumat yang berkaitan bagi menentukan tahap risiko rasuah yang wujud dalam pelaksanaan perkara tersebut; dan
  • Melaksanakan tindakan yang sewajarnya berdasarkan tahap risiko rasuah yang dikenal pasti.
Sebarang perkara yang jika dilaksanakan, boleh mendatangkan risiko rasuah yang tinggi perlu:
  • Dielakkan; atau
  • Jika dilaksanakan, perlu disekalikan dengan apa-apa tindakan yang boleh mengurangkan tahap risiko rasuah tersebut.

SABAH URBAN DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD

(Company No. 0117700-T) 9th Floor, Menara MAA, 6, Lorong Api-Api 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

P.O Box 11911, 88821 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.