Polisi Tajaan SUDC

POLISI PEMBERIAN SUMBANGAN, TAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
PENYATAAN POLISI

SUDC telah mewujudkan Polisi dan Garis Panduan Pemberian Sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk memberi panduan dan tatacara kepada kakitangan yang mengurusetia dan permohon yang berkaitan atau pihak ketiga.

OBJEKTIF POLISI
SKOP POLISI

Polisi ini terpakai kepada:

 

1. Semua kakitangan SUDC, yang merangkumi Pengurusan Tertinggi SUDC, Pengurus Bahagian serta Pegawai-Pegawai SUDC;


2. Semua pembekal atau kontraktor yang sedang atau akan berurusan dengan SUDC;


3. Pelanggan SUDC;


4. Orang Awam:


5. Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan:


6. Sekolah, IPTA, IPTS dan lain –lain Institusi Pengajian dan


7. Badan Korporat, Persatuan dan Kelab Sukan.

 

Untuk mempertimbangkan sebarang permintaan sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) samada dalam bentuk wang, perkhidmatan atau barangan kepada pihak luar yang bertujuan untuk aktiviti atau program seperti berikut:-

 

  • Kebajikan:
  • Pembangunan pendidikan dan pembangunan modal insan:
  • Penjagaan kesihatan:
  • Kesukanan, kesenian dan kebudayaan dan
  • Program dan aktiviti yang lain

SUDC tidak akan mempertimbangkan permintaan sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada:

 

  • Parti politik atau apa –apa pertubuhan yang berkaitan politik kepartian:
  • Pertubuhan atau organisasi yang bertujuan jenayah dan keganasan:
  • Pertubuhan atau organisasi yang didapati muflis atau disenarai hitam oleh mana –mana Institusi Kewangan dan Bukan Kewangan:
  • Pertubuhan atau organisasi yang berasaskan keuntungan:
  • Pertubuhan atau organisasi yang berkaitan dengan perjudian, alkohol dan tembakau:
  • Permohonan daripada Individu, syarikat, organisasi dan pertubuhan berlandaskan penipuan, penyelewengan dan scam: dan
  • Permohonan yang tidak relevan dari semasa ke semasa.
SKOP POLISI

Pemohon yang merupakan daripada Kementerian, Jabatan, Agensi daripada Persekutuan dan Negeri, Pertubuhan, Persatuan, Kelab, Organisasi dan Individu perlu mengemukakan:

 

1. Permohonan RM10,000.00 kebawah

 

Sebelum Program

  • Salinan kad pengenalan (Individu) / Salinan lesen (Berdaftar contoh:-Syarikat / Pertubuhan ABCD Sdb Bhd berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):
  • Surat Permohonan atau proposal
  • Borang Permohonan Bantuan Kewangan Sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) (Diisi oleh urusetia SUDC berkaitan)
  • Permohonan daripada individu / perseorangan tidak dibenarkan

Selepas Program

  • Seksyen Kewangan akan mengemaskini laporan bajet dan kewangan dan diikuti naziran daripada Unit Integriti secara berkala.

 

2. Permohonan RM10,000.00 hingga dibawah RM50,000

 

Sebelum Program

  • Salinan kad pengenalan (Individu) / Salinan lesen (Berdaftar contoh:-Syarikat / Pertubuhan ABCD Sdb Bhd berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
    Malaysia (SSM):
  • Surat Permohonan atau proposal
  • Borang Permohonan Bantuan Kewangan Sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) (Diisi oleh urusetia SUDC berkaitan)

Semasa Program (Sekiranya Perlu)

  • Jawatankuasa Khas SUDC akan melawat dan membuat laporan lapangan semasa program berikut.Selepas Program
  • Menghantar laporan bergambar, resit atau invoice dan dokumen berkaitan.

 

3. Permohonan RM50,000.00 keatas

 

Sebelum Program

  • Permohonan perlu dibawa ke Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk mendapatkan kelulusan.
  • Salinan kad pengenalan (Individu) / Salinan lesen (Berdaftar contoh:-Syarikat / Pertubuhan ABCD Sdb Bhd berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):
  • Surat Permohonan atau proposal
  • Borang Permohonan Bantuan Kewangan Sumbangan, tajaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) (Diisi oleh urusetia SUDC berkaitan)

Semasa Program (Sekiranya Perlu)

  • Jawatankuasa Khas SUDC akan melawat dan membuat laporan lapangan semasa program berikut.Selepas Program
  • Menghantar laporan bergambar, resit atau invoice dan dokumen berkaitan.

 

 

 

JAMAWI BIN JA’AFAR
PENGERUSI
Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd.

13 Ogos 2020

SABAH URBAN DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD

(Company No. 0117700-T) 9th Floor, Menara MAA, 6, Lorong Api-Api 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

P.O Box 11911, 88821 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.