Aduan Salah Laku Integriti
1. PENYATAAN POLISI
Selaras dengan pelaksanaan Pemantapan Governans, Integriti dan anti-Rasuah dalam pengurusan pentadbiran Kerajaan Malaysia (Siri 1 No. 1 tahun 2018) dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (MS ISO 37001:2016) SEDCO, SUDC telah mewujudkan Polisi Aduan Integriti yang bertujuan untuk mendorong staf SUDC atau orang awam untuk melaporkan sebarang aduan berkaitan pelanggaran integriti.
Bagi memenuhi keperluan polisi ini, SUDC telah mewujudkan Saluran Aduan Integriti sebagai saluran untuk warga SUDC dan orang awam membuat aduan integriti berkaitan perlakuan jenayah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa atau pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
2. OBJEKTIF POLISI
Polisi ini bertujuan untuk memberi ruang kepada staf SUDC, pihak berkepentingan atau orang awam untuk membuat aduan berkaitan pelanggaran integriti yang merangkumi salah laku jenayah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran tatakelakuan dan etika agensi.
Polisi ini menerangkan tentang hak dan tanggunjawab serta perlindungan kepada pemberi maklumat.
3. SKOP POLISI
3.1 Polisi ini terpakai kepada:
a. Semua staf SUDC, yang merangkumi Pengurusan Tertinggi SUDC, Pengurus Bahagian serta Pegawai-Pegawai SUDC;
b. Semua pembekal atau kontraktor yang sedang atau akan berurusan dengan SUDC;
c. Pelanggan SUDC; dan
d. Orang Awam;
3.2 Polisi ini merangkumi kesalahan seperti berikut:
1. Salah guna kuasa;
2. Rasuah (Memberi/ Menerima/Menawar/Meminta);
3. Tidak patuh waktu kerja;
4. Penyalahgunaan dadah;
5. Keluar negara tanpa kebenaran;
6. Pengurusan kewangan yang tidak cekap
7. Tidak jujur/Tidak Amanah/Tidak Bertanggungjawab;
8. Membuat tuntutan palsu;
9. Pembocoran/Penyalahgunaan Rahsia Kerajaan/Maklumat Terperingkat;
10.Penyelewengan harta kerajaan bagi tujuan peribadi.
4. POLISI
4.1 Siasatan
Sebarang aduan yang dilaporkan melalui saluran yang disediakan akan disiasat dengan telus dan adil berdasarkan Prosedur Pengurusan Aduan Integriti SUDC.
4.2 Jaminan Perlindungan Pemberi Maklumat
Pemberi maklumat dilindungi berdasarkan peruntukkan yang terdapat di dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) iaitu:-
a. Melindungi maklumat sulit;
b. Imuniti daripada tindakan sivil dan jenayah; dan
c. Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan
4.3 Jaminan Kerahsiaan Maklumat
Hanya Pengerusi Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) atau Ketua Unit Integriti dan pegawai yang menjalankan siasatan (Pegawai Penyiasat) sahaja yang dibenarkan untuk mempunyai akses kepada segala maklumat peribadi dan butiran aduan yang dikemukakan.
5. SALURAN ADUAN INTEGRITI
Jika terdapat sebarang perbuatan yang menyalahi integriti yang melibatkan staf SUDC, laporan boleh disampaikan kepada Ketua Unit Integriti SUDC melalui kaedah-kaedah berikut:
a. Hubungi 088-251144/258492 atau
b. E-mel ke sudcintegriti@gmail.com ; atau
b. Salurkan Aduan Ke Peti Aduan SUDC – Salah Laku Integriti dengan mengisi borang sudc-integriti-aduan-frm1/1/2; atau
c. Surat Aduan ke alamat berikut:
Unit Integriti
SUDC Sdn. Bhd.
Tingkat 9, Menara MAA,
Lorong Api-Api 1, 88000, Kota Kinabalu, Sabah
JAMAWI BIN JA’AFAR
PENGERUSI
Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd.
13 Ogos 2020