Polisi Konflik Kepentingan

PENYATAAN POLISI

SUDC telah mewujudkan Polisi dan Garis Panduan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan SUDC di mana mempunyai kepentingan peribadi yang berkemungkinan mengganggu dalam sesuatu keputusan secara am dan khusus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang melibatkan kakitangan yang mengurusetia atau pihak ketiga.

OBJEKTIF POLISI

Polisi Konflik Kepentingan adalah bagi mengelakkan perkara yang boleh merosakkan imej dan reputasi SUDC berlaku dalam melaksanakan tugas seharian dengan telus, amanah dan berintegriti. Konflik kepentingan ialah kepentingan melibatkan anak, suami / isteri dan sebagainya yang diistillah sebagai saudara merujuk kepada Seksyen 3 Akta SPRM 2009 seperti berikut:-

 

‘saudara’ berhubung dengan seseorang, ertinya,

 

a. Isteri atau suami itu:


b. Adik atau abang kakak orang itu:


c. Adik atau abang atau kakak isteri suami orang itu:


d. Orang yang mempunyai pertalian langsung ke atas atau ke bawah dengan orang itu:


e. Orang yang mempunyai pertalian langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami orang itu:


f. Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan (II):


g. Bapa saudara, emak saudara atau sepupu orang itu: atau


h. Menantu orang itu

 

Ia juga melibatkan tugasan kerja yang melibatkan ahli keluarga atau anggota mempunyai hubungan peribadi yang rapat boleh menimbulkan Konflik Kepentingan sebenar serta boleh mewujudkan suasana kerja yang negatif atau tidak professional seperti terkandung di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 seperti berikut:

 

Seksyen 23 (1) Mana–mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan kedudukannya untuk apa–apa suapan sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutu, melakukan kesalahan:

 

Seksyen 23 (2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai badan awam hendaklah dianggap, sehingga akasnya, telah menggunakan jawatan atau kedudukanya untuk apa–apa suapan, sama ada dirinya, saudaranya atau sekutunya, apabila dia membuat apa–apa keputusan, atau mengambil apa–apa tindakan, berhubung dengan apa–apa perkara yang mengenainya pegawai itu, atau mana–mana saudara atau sekutunya, mempunyai kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

SKOP POLISI

Polisi ini terpakai kepada:

 

1. Ahli Lembaga Pengarah SUDC sepanjang tempoh perkhidmatannya:-


2. Semua kakitangan SUDC termasuk Pengurusan Tertinggi SUDC, Pengurus Bahagian serta Pegawai-Pegawai SUDC;


3. Semua pembekal atau kontraktor yang sedang atau akan berurusan dengan SUDC;


4. Pelanggan SUDC;


5. Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Negeridan Persekutuan yang berkaitan.

KATEGORI POLISI

Untuk memastikan kepentingan SUDC terjamin, semua pekerja diwajibkan untuk mengisytiharkan kepentingan pertalian saudara, kewangan, peribadi, keaktifan parti politik dan lain–lain dalam apa jua perkara yang boleh mewujudkan Konflik Kepentingan dalam tugas rasmi di SUDC. Polisi ini merangkumi kategori seperti berikut:-

 

1. Pengisytiharan Ahli Mesyuarat

 

  • Borang Pengisytiharan Mesyuarat akan diedarkan oleh urusetia kepadasetiap Bahagian, Seksyen dan Unit SUDC sebelum mesyuarat bermula.
  • Pengerusi mesyuarat akan menyemak borang tersebut dan sekiranya terdapat Konflik Kepentingan, Pengerusi akan memaklumkan Ahli Mesyuarat sebelum dimulakan. Antara tindakan yang boleh diambil oleh Pengerusi adalah:–

– Menahan diri daripada mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.-


– Berkecuali dalam mengundi.-


– Menarik diri daripada mesyuarat.-


– Sila rujuk Unit Integriti mesyuarat yang memerlukan Pengisytiharan.

 

2. Pengisytiharan Memiliki Pelaburan Luar

 

  • Pelaburan peribadi yang dibuat seseorang pekerja SUDC
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan setahun sekali.
  • Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

3. Pengisytiharan Menjalankan Pekerjaan Atau Perniagaan Luar

 

  • Pekerjaan kedua atau pekerjaan separuh masa / partime atau menjalankan perniagaan di luar yang dibuat seseorang pekerja SUDC
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan setahun sekali.
  • Sila rujuk Unit Integriti –bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

4. Pengisytiharan Meryertai Parti Politik

 

  • Bergiat aktif dan memiliki jawatan dalam mana –mana Parti Politik di luar mana yang dibuat seseorang pekerja SUDC
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan setahun sekali.
  • Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

5. Proses dan Aktiviti Perundangan

 

  • Setiap proses Undang –Undang seperti memerlukan perkhidmatan Syarikat Guaman, Tenancy Agreement dan Perkhidmatan Perundangan yang relevan.
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses pelantikan yang baharu.
  • Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

6. Proses dan Aktiviti dalam Panel Temuduga Jawatan Baharu / Kenaikan Pangkat

 

  • Kepada Para Panel Penemuduga samada daripada dalam atau luar SUDC
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses pelantikan / kenaikan pangkat yang baharu.
  • Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

7. Proses dan Aktiviti Pembiayaan

 

  • Kepada Para Panel Penemuduga samada daripada dalam atau luar SUDC
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses pembiayaan yang baharu.
  • Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.

8. Proses dan Aktiviti Penyewaan

 

  • Kepada Para Panel Penemuduga samada daripada dalam atau luar SUDC
  • Perlu mengisi Borang Pengisytiharan dalam setiap proses penyewaanyang baharu.
  • Sila rujuk Unit Integriti bagi mendapatkan Borang Pengisytiharan.
KETIDAKPATUHAN POLISI

Sekiranya kakitangan SUDC gagal mengemukakan Borang Pengisytiharan yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan atau terbukti mengemukakan maklumat palsu, dengan sengaja atau tidak sengaja, Pihak berwajib akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut tindakan tatatertib SUDC atau dikenakan hukuman sebagimana mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Undang–Undang Malaysia yang relevan.

 

 

 

 

JAMAWI BIN JA’AFAR
PENGERUSI
Sabah Urban Development Corporation Sdn. Bhd.

31 Mac 2021

SABAH URBAN DEVELOPMENT CORPORATION SDN BHD

(Company No. 0117700-T) 9th Floor, Menara MAA, 6, Lorong Api-Api 1, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

P.O Box 11911, 88821 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.